Saturday, November 19, 2011

Preparation BBY Q mini besday celebration

8.11.2011 baru-baru ni genaplah 2 tahun puteriku... Cepat sungguh masa berlalu.... dah petah berkata-kata....alhamdulillah perkembangan yang sihat dan IQ yang kretif serta kritis.... Bangga aku menjadi ibunya.... Syukur kepada Allah SWT... rahmat yang dikurniakan amat besar dan tiada nilai nyer...
Bak kata suamiku " Syukur sangat.. semua dah ada, memadai dan cukuplah... tak perlu minta lebih"

Sebagai ibu, tentu sekali aku teruja untuk membuat jamuan sempena Hari Lahir puteriku.... walaupun simple tapi aku nak juga buat.. nak bagi dia happy.... walaupun masih kecil tapi si kecikku ini amat memahami... agak pening juga aku fikirkan apa yang hendak disediakan dan apa yang hendak dijamu kepada tetamu yang akan di jemput.... macam nak buat kenduri plak  ehhheheh.. biarlah sempurna walaupun ringkas...

Aku berkehendak untuk buat 1 kad ucapan istimewa untuknya... walaupun aku ni tak lah se kreatif mana, tapi aku nak juga cuba untuk buat... hasil tangan ibu mengalirkan kasih sayang dalam diri.. ceh wahhh... malu jer.... Aku pilih " Upin dan Ipin & Angry Bird" sebagai Major tema untuk kad ucapan tersebut... Nantikan Kemunculan nyer....

Saturday, November 12, 2011

11.11.11

Apa yang istimewa bagi tarikh ini?? Bagi aku sama saja suma ianya 1 tarikh yang hanya muncul sekali dalam hidup ini dan tak mungkin berulang...lagi dekat lah kita pada penghujung zaman...
Ramai yang mengambil peluang untuk merealisasikan impian masing-masing dan tak lupa juga yang berjaya dilahirkan ke dunia....

namum ada juga segelintir dari kita merasakan tarikh ini adalah 1 tarikh yang meninggalkan kesan yang mendalam apabila kehilangan orang yang tersayang...... Aku tak sempat baca surat khabar lagi hari ni tapi telah dikejutkan dengan berita yang amat menyayat hati  - Kemalangan di lebuh raya Utara-Selatan

Monday, November 7, 2011

Salam Aidiladha......

Semoga ibadah korban dan aqiqah kita tahun ini diterima Allah SWT...... itu lah yang kita harapkan setiap kali Aidiladha menjelma Tahun ini agak istimewa bagi kami sekeluarga kerana Mama telah buat Aqiqah untuk kami adik beradik...
Alhamdullilah..Sunat Muakat dapat ditunaikan......

Tahun ni aidiladha disambut di umah abah ngan mama..
semua ada... semua raya kat KL....




Tahun ni turn aku masak rendang ayam.. so aku masak la Rendang ayam resepi Dinda... hehheh meh aku share resepi k....


RENDANG AYAM RESEPI DINDA


2      ekor ayam (dipotong 16 setiap seekor)
2      biji kelapa
3      peket kecil kerisik
1      peket rempah untuk menumis (kayu manis, bunga lawang,
        bunga cengkih,buah pelaga)
1      mangkuk kecil cili kisar (cili kering yang dah di blender)
        gula dan garam sekucup rasa..
        Ajinomoto (sekiranya memang guna, saya tak guna ehheh)


Bahan untuk dikisar (di kisar berasingan)


6      biji bawang besar
7      biji bawang merah
1      labu bawang putih
5      inci Halia
3      inci lengkuas
8      batang serai
20    batang cili api


So leh la cuba.. kalo tak sedap, jangan marah yer.. sebab saya buat sedap.. sampai menjilat jari gitu..Lepas makan, lepak tengok tv sambil bergambar... heeheheh aktiviti rutin tu...jangan mare hehehhe






Tuesday, November 1, 2011

Tak Sihat....

Dah masuk 4 hari my lil princess demam.....memula demam biasa jer tapi masuk hari ke2 mulut dia ada ulser... yang lebih perit bila tekat pun terlibat sama.... sedih tengok dia meraung....kesian kat dia... memula aku angin jugak asyik merengek jer.. tapi mama marah aku balik.... kata mama " anak sakit tu nak kita jaga dan ambik perhatian, dia sakit kita tak rasa.... jangan nak marah2 dia... mama dulu korang sakit, habis cuti, mc... sampai sanggup ambik cuti tanpa gaji lagi..." bila dengar mama membebel baru aku sedar... aku patut jaga dia bukan marah... dah lah seharian kat opis, balik malam.. bila anak sakit memang dia nak melekap jer lah ngan kita.....