Saturday, November 19, 2011

Preparation BBY Q mini besday celebration

8.11.2011 baru-baru ni genaplah 2 tahun puteriku... Cepat sungguh masa berlalu.... dah petah berkata-kata....alhamdulillah perkembangan yang sihat dan IQ yang kretif serta kritis.... Bangga aku menjadi ibunya.... Syukur kepada Allah SWT... rahmat yang dikurniakan amat besar dan tiada nilai nyer...
Bak kata suamiku " Syukur sangat.. semua dah ada, memadai dan cukuplah... tak perlu minta lebih"

Sebagai ibu, tentu sekali aku teruja untuk membuat jamuan sempena Hari Lahir puteriku.... walaupun simple tapi aku nak juga buat.. nak bagi dia happy.... walaupun masih kecil tapi si kecikku ini amat memahami... agak pening juga aku fikirkan apa yang hendak disediakan dan apa yang hendak dijamu kepada tetamu yang akan di jemput.... macam nak buat kenduri plak  ehhheheh.. biarlah sempurna walaupun ringkas...

Aku berkehendak untuk buat 1 kad ucapan istimewa untuknya... walaupun aku ni tak lah se kreatif mana, tapi aku nak juga cuba untuk buat... hasil tangan ibu mengalirkan kasih sayang dalam diri.. ceh wahhh... malu jer.... Aku pilih " Upin dan Ipin & Angry Bird" sebagai Major tema untuk kad ucapan tersebut... Nantikan Kemunculan nyer....

No comments: