Sunday, February 26, 2017

Exchange Rate

Sedar tak sedar.... Tak lama je lagi akan berangkat... Banyak lagi persediaan yang belum dibuat terutama dari segi Mental.

Perasaan takut dan risau masih kuat dalam diri.. Mungkin tak semua rasa .... Tapi itu lah yang dirasa ketika ini..

Dalam pada itu,tak lagi juga selit-selit untuk cari info pasal "Exchange Rate".. Pengalaman buat pertukaran wang untuk Mama masih lagi teringat ke hari ini...

Jom kita tengok kadar pertukaran hari ini..
Taraaaa.....

                 

 😱😱😱😱 nampak tak...
Dulu 1:1 (tahun 2014).... Sekarang MYR dah jatuh.... Bertabahlah... Tapi bila niat ke sana dah ada.. Maka dipermudahkan semuanya..
Insya-Allah....

Wednesday, February 8, 2017

Hukum Umrah bagi kanak-kanak belum baligh - Jom Baca

SOALAN
A) Apakah hukum Umrah yang dilakukan oleh kanak kanak yang belum Baligh?
JAWAPAN
TIDAK wajib ke atas kanak-kanak yang belum baligh menunaikan Umrah.
Jika kanak-kanak yang Mumayyiz (tahu membezakan antara kotor atau najis dengan yang suci atau bersih) tahu kerja kerja Umrah dan membuatnya sendiri maka hukum Umrahnya sah TETAPI tidak menggugurkan kefarduan Umrah yang wajib ke atas dirinya. Ia boleh berniat Umrah untuk dirinya sendiri dengan diizinkan oleh bapa atau walinya,
Jika kanak-kanak yang belum Mumayyiz bersama bapa atau walinya, maka bapa atau walinya yang meniatkan dan melaksanakan kerja-kerja Umrah untuk kanak-kanak tersebut selepas bapa atau walinya melaksanan Umrah mereka dahulu.
Sebagai contoh bapa atau walinya berniat untuk dirinya maka selepas itu, berniat untuk anaknya pula. Begitulah juga dengan tawaf, iaitu tawaf untuk dirinya dahulu baharulah tawaf untuk anaknya pula. Demikian juga dengan ibadah saei.

SOALAN
B) Bagaimana bapa atau walinya berniat dan mengerjakan kerja-kerja Umrah bagi kanak-kanak yang belum Mumayyiz?
JAWAPAN
Cara bapa atau walinya berniat dan melaksanakan kerja kerja Umrah adalah seperti berikut:
i) NIAT
Bapa atau walinya hendaklah berniat di dalam hatinya dengan menjadikan anak tanggungannya berihram Umrah.
Niat Di Hati:- Sahaja aku mengerjakan Umrah untuk anakku atau tanggungan ku kerana Allah Taala.
ii) Menyempurnakan rukun dan wajib Umrah.
Anak dan tanggungan itu hendaklah dibawa bersama ketika tawaf Umrah dan Saei Umrah. Walau bagaimanapun bapa atau walinya hendaklah menyelesaikan tawaf untuk dirinya dahulu baharulah mengerjakan tawaf untuk anak atau tanggungannya yang di bawa bersama. Begitu juga dengan saei. Bapa atau walinyanya mengerjakan saei untuk dirinya baharulah mengerjakan saei untuk anak atau tanggungannya. Kemudian bercukur.
iii) Penjagaan Larangan Ihram.
Bapa atau walinya WAJIB menjaga anak atau tanggungannya dari melakukan perkara perkara yang dilarang dalam masa ihram. Jika kanak-kanak yang tidak Mumayyiz melanggar larangan ihram tidak dikenakan dam tetapi kanak-kanak yang Mumayyiz WAJIB disempurnakan dam. Bayaran dam boleh diambil dari harta kanak-kanak tersebut jika ada . jika tidak ada diambil dari harta bapa atau walinya.

SOALAN
C) Bagaimana Tawaf Umrah yang dilakukan oleh kanak-kanak lelaki yang belum berkhatan dan kanak perempuan?
JAWAPAN
i) Hukum berkhatan adalah wajib bagi lelaki. Jika kanak-kanak lelaki yang tidak berkhatan dikira menanggung najis. Jika bapa atau walinya menggendong, meriba atas kerusi roda atau memegang dan membawa kanak-kanak atau tanggungannya tawaf bersama ini bermakna bapa atau walinya menanggung atau membawa najis. Maka hukum tawaf bapa atau walinya tidak sah.
ii) Jika bapa atau walinya mensucikan anak yang belum berkhatan denan cara menarik kulit kulup zakarnya hingga hasyafah maka kanak-kanak tadi boleh dianggap suci dengan syarat tidak buang air kecil atau besar ketika melaksanakan tawaf. Jika bapa atau walinya memegang, meriba atau menggendong semasa tawaf maka sah tawafnya.
iii) Kanak-kanak perempuan tidak wajib berkhatan. Jika bapa atau walinya memegang, meriba atau menggendongnya ketika tawaf dengan syarat kanak kanak tersebut disucikan dahulu sebelum tawaf maka SAH tawaf bapa atau walinya selagi kanak-kanak perempuan tersebut tidak membuang air kecil atau besar semasa mengerjakan tawaf. Jika sebaliknya maka batal tawaf bapa atau walinya.
Sumber :
USTAZ HAJI AHMAD SHUKRI MOHAMAD AMIN
Asisstant Manager Guidance
TH Travel & Services Sdn Bhd
FB-Tabung Haji Travel
Date : 3 Feb 2016

Saya Kembali.....😍😍😍😍

Macamana nak mulakan ya...
Actually almost 3 years try nk buka balik blog ni tapi mmg blank... Password lupa.. Id lupa.... Jadinya malas nk fikir-fikir...  Just leave it...
Alhamdulillah...
Malam ni.. Dengan tak disangka-sangka...
Dengan sekali cuba "sign in"... Terus terbuka...
Gembira tak terkata... Bayangkan.. Last draft yang dibuat pada 14/12/2014
Syukur.... Semua atas KehendakNYA.. Tanpa bantuanNYA tak mungkin semua ini terjadi.... 
So lepas ni boleh menulis balik.... Follower??


Hihihi... X ramai pun tak apa.. Yang penting saya nk menulis.... Insya Allah... Episod baru dalam " New Journey of 2017"