Monday, March 20, 2017

Persediaan, Dugaan dan debaran

Rasa seperti tidak percaya... Hanya tinggal 2 hari lagi sebelum kaki ini melangkah ke sana.  Sebenarnya banyak coretan yang hendak di tulis.. Namun jari ini kaku tambahan pula debaran makin memuncak sehinggakan jantung juga ibarat terhenti..
Mungkin tak semua mengalami rasa sebegini
Tapi itu lah yang aku lalui... Sukar untuk aku terangkan dan gambarkan kerana sesungguhnya ia tak dapat digambarkan..

Detik demi detik dihitung... Makin dekat makin banyak pula dugaan yang datang..
Disaat-saat akhir sebelum berangkat... Beberapa perkara yang terlintas dan perlukan pertolongNYA....Antaranya.

1)Ya-Allah.. Permudahkan urusan ku dalam membuat persediaan terakhir menjadi tetamumu...

2)Ya-Allah.. Berikanlah kesihatan yang baik untuk aku beribadah dirumahmu.

3)Ya-Allah.. Sesungguhnya aku malu dan takut untuk bertemu mu.. Terlalu berdosa diri ini dan terlalu lalai dalam mensyukuri nikmatmu...

4)Ya -Allah.. Berilah aku ketenangan,jauhi lah aku dari perasaan - perasaan yang tidak tertangguh olehku...

Dugaan? Mmg agak terasa bila ada sahaja yang perlu difikirkan.. Dan ada pula tetiba pelbagai benda terjadi diluar kawalan dan tidak seperti yang dirancangkan... Terdetik juga dalam hati perasan marah dan geram ..
Namun bila tersedar.. Aku akan ke sana..
Aku cuba pendam perasaan dan biarlah ianya berlalu... Baru dugaan disini.. Disana tak pasti lagi...

Moga Allah terima aku dan keluarga menjadi tetamunya... Ameen...




Thursday, March 2, 2017

BILA RINDU BERTANDANG

Sukarnya untuk ku nyatakan..
Hati ini terdetik rindu yang teramat...
Walaupun di zaman moden ini semuanya boleh dihantar dengan hanya "klik"
😔😔😔😔 
Hanya doa yang mampu diiringkan
Rindu ini tak semestinya bila tidak bertemu tetapi... Bila bertemu tapi tak mampu diluahkan.... 
Ya-allah.. Berikanlah kesihatan yang baik untuk abah dan mama... Peliharalah mereka dikala aku jauh dari mereka.. Berilah kekuatan kepada mereka untuk menghadapi semua dugaan mendatang... Limpahkanlah rahmatmu pada mereka ya allah... 
Sesunggunya aku amat menyayangi mereka...
Aku berserah padamu ya-allah...
Segalanya padamu....