Wednesday, July 24, 2013

Kehilangan dalam beberapa minit

Dalam kesibukan aku menempah langsir dan mencari keperluan untuk Aidilfitri yang bakal tiba, aku kehilangan insan yang ku sayang... Nenekku telah dijemput illahi dikala kami mengelilinginya... Semuanya berlaku terlalu pantas.. aku sendiri sehingga kini masih dalam keadaan yang terkedu.... Masih terngiang-ngian suaranya berborak dengan kami tatkala saat akhir nyawanya... tiada tanda-tanda yang dia akan pergi dalam sekelip mata.... 

Aku dan mama tiba dihospital apabila menerima panggilan dari Doktor yang memerlukan persetujuan untuk penukaran kaedah oksigen untuk nenekku... setiba di hospital aku dapat lihat nenek ku berada dalam keadaan seperti selalu, menjemput kedatangan kami... sambil memberitahu kami kaki dia lengguh dan pinggang nya menyusuk..apa yang kami lakukan, hanya dapat lakukan urutan agar dia rasa lega... tidak terdekit langsung akan pemergian beliau.... tiada tanda2 yang dia akan tinggalkan kami hanya dalam beberapa minit... sukar untuk aku gambarkan situasi itu.... dengan sekelip mata kadar denyutan nadi menjadi rendah dan secara tiba-tiba doktor menghampiri kami dan minta kami untuk ke tepi... di kala saat itu, aku merasakan nenek aku muntah kerana perut tak selesa... tak ku sangka 10 minit selepas itu....... Alhamdulillah sempat mama mengiringi beliau melafazkan syahadah....Aku melihat jururawat telah mengapankan nenekku.... Ya allah hanya kau yang mengetahui gelora perassan ini.... Aku rasa sakit sangat sekalipun aku berada disisinya.... Kuatkan semangat kami ya-Allah

Syukur Ya Allah segalanya berjalan dengan pantas, Jenazah beliau telah selamat dikebumikan dan rahmat darimu ya allah... nenek dijemput dalam bulan yang penuh kerahmatan... 5 RAMADHAN/ 14 JULAI 2013 Jam 1.54 ptg. 

Syawal bakal tiba menjadi sambutan yang sederhana bagi kami... tiada lagi nilai tawanya nya disaat menyiapkan ketupat dimalam raya... tiada lagi insan yang akan kami sediakan baju dan tudung kegemarannya.. tiada lagi tiada lagi....sehingga hari ini aku merasakan dia terlalu dekat denganku... terbayang kelibatnya di setiap ruang yang pernah dia ada... Selagi ada nyawa, selagi ada hayat.... curahkan kasih sayang dengan ikhlas...

No comments: