Saturday, October 8, 2011

AKU.......

Pagi ni aku terlambat pegi opis...so sempat lah aku ikuti sekmen "MERISIK KHABAR" di radio Era..
isu nyer berkenaan dengan "Perhubungan tanpa restu keluarga". hubungan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan tanpa restu keluaga sebelah lelaki... berkat kesabaran seorang yang bergelar wanita, akhirnya... restu dari bakal ibu mertua yang bergelar wanita juga diperolehi....dan majlis pernikahan akan berlansung pada 4/11/2011 manakala majlis bersanding pada 5/11/2011.....alhamdullilah.. sama-sama kita doakan mereka bahagia sekalipun kita tak pernah mengenai mereka....


Agak menarik untuk dikongsi.... "WANITA" ......

AKU.. WANITA... ANAK.. KAKAK....ISTERI....IBU....satu rantaian yang lengkap untuk dihuraikan....

Aku seorang Wanita, ANAK kepada sepasang suami isteri, KAKAK sulung kepada 4 orang adik...ISTERI kepada seorang yang bergelar suami dan IBU kepada seorang puteri...... Setiap gelaran yang aku pegang memberi impak yang berbeza dalam diri aku...pelbagai pengalaman, suka duka aku lalui untuk setiap gelaran yang di pegang... kadang-kadang aku kaget dengan diri aku... semampu mana aku untuk memberikan yang terbaik....

No comments: