Sunday, September 4, 2011

Sepanjang Aidilfitri 2011

Seperti yang telah dirancang sebelum ini, kami bercadang untuk menziarah Tok Kamarudin di Bukit Mertajam,Penang beramai-ramai setelah hampir 10 tahun aku dan adik2 tidak berjumpa dengan Tok Wan
Aku bersama dengan hubby bertolak dari Felda Lawin terus ke Perhentian Gunung Semanggol untuk berkumpul untuk konvoi bersama-sama... Abah, mama, adik2 serta pakcik dan makcik ku bertolak dari Parit, perak...

Perjalanan yang dirancang teratur tanpa di sangka ditengah jalan, kereta mama tiba-tiba meletop selepas selesai membayar tol di Plaza Tol Juru...nasib baik berdekatan dengan tol ada stesen minyak Shell..
abah memberhentikan kereta disitu untuk mencari solution yang perlu...

aku berada lebih kurang 650M dari mereka, kami menghubungi mama untuk bertanyakan simpang perjalanan tetapi dimaklumkan kereta rosak... Kami pun singgah sebentar di AUTO CITY JURU sambil mencari tempat makan dan berehat sementara menunggu kereta mama siap di baiki....


Baby Q termenung sambil menunggu KFC...

No comments: