Rasa seperti tidak percaya... Hanya tinggal 2 hari lagi sebelum kaki ini melangkah ke sana. Sebenarnya banyak coretan yang hendak di tulis.. Namun jari ini kaku tambahan pula debaran makin memuncak sehinggakan jantung juga ibarat terhenti..
Mungkin tak semua mengalami rasa sebegini
Tapi itu lah yang aku lalui... Sukar untuk aku terangkan dan gambarkan kerana sesungguhnya ia tak dapat digambarkan..
Detik demi detik dihitung... Makin dekat makin banyak pula dugaan yang datang..
Disaat-saat akhir sebelum berangkat... Beberapa perkara yang terlintas dan perlukan pertolongNYA....Antaranya.
1)Ya-Allah.. Permudahkan urusan ku dalam membuat persediaan terakhir menjadi tetamumu...
2)Ya-Allah.. Berikanlah kesihatan yang baik untuk aku beribadah dirumahmu.
3)Ya-Allah.. Sesungguhnya aku malu dan takut untuk bertemu mu.. Terlalu berdosa diri ini dan terlalu lalai dalam mensyukuri nikmatmu...
4)Ya -Allah.. Berilah aku ketenangan,jauhi lah aku dari perasaan - perasaan yang tidak tertangguh olehku...
Dugaan? Mmg agak terasa bila ada sahaja yang perlu difikirkan.. Dan ada pula tetiba pelbagai benda terjadi diluar kawalan dan tidak seperti yang dirancangkan... Terdetik juga dalam hati perasan marah dan geram ..
Namun bila tersedar.. Aku akan ke sana..
Aku cuba pendam perasaan dan biarlah ianya berlalu... Baru dugaan disini.. Disana tak pasti lagi...
Moga Allah terima aku dan keluarga menjadi tetamunya... Ameen...
Moments Of Life
Love is a fabric which never fades, no matter how often it is washed in the water of adversity and grief......
Monday, March 20, 2017
Thursday, March 2, 2017
BILA RINDU BERTANDANG
Sukarnya untuk ku nyatakan..
Hati ini terdetik rindu yang teramat...
Walaupun di zaman moden ini semuanya boleh dihantar dengan hanya "klik"
😔😔😔😔
Hanya doa yang mampu diiringkan
Rindu ini tak semestinya bila tidak bertemu tetapi... Bila bertemu tapi tak mampu diluahkan....
Ya-allah.. Berikanlah kesihatan yang baik untuk abah dan mama... Peliharalah mereka dikala aku jauh dari mereka.. Berilah kekuatan kepada mereka untuk menghadapi semua dugaan mendatang... Limpahkanlah rahmatmu pada mereka ya allah...
Sesunggunya aku amat menyayangi mereka...
Aku berserah padamu ya-allah...
Segalanya padamu....
Sunday, February 26, 2017
Exchange Rate
Sedar tak sedar.... Tak lama je lagi akan berangkat... Banyak lagi persediaan yang belum dibuat terutama dari segi Mental.
Perasaan takut dan risau masih kuat dalam diri.. Mungkin tak semua rasa .... Tapi itu lah yang dirasa ketika ini..
Dalam pada itu,tak lagi juga selit-selit untuk cari info pasal "Exchange Rate".. Pengalaman buat pertukaran wang untuk Mama masih lagi teringat ke hari ini...
Jom kita tengok kadar pertukaran hari ini..
Taraaaa.....
😱😱😱😱 nampak tak...
Dulu 1:1 (tahun 2014).... Sekarang MYR dah jatuh.... Bertabahlah... Tapi bila niat ke sana dah ada.. Maka dipermudahkan semuanya..
Insya-Allah....

Wednesday, February 8, 2017
Hukum Umrah bagi kanak-kanak belum baligh - Jom Baca
SOALAN
A) Apakah hukum Umrah yang dilakukan oleh kanak kanak yang belum Baligh?
JAWAPAN
TIDAK wajib ke atas kanak-kanak yang belum baligh menunaikan Umrah.
Jika kanak-kanak yang Mumayyiz (tahu membezakan antara kotor atau najis dengan yang suci atau bersih) tahu kerja kerja Umrah dan membuatnya sendiri maka hukum Umrahnya sah TETAPI tidak menggugurkan kefarduan Umrah yang wajib ke atas dirinya. Ia boleh berniat Umrah untuk dirinya sendiri dengan diizinkan oleh bapa atau walinya,
Jika kanak-kanak yang belum Mumayyiz bersama bapa atau walinya, maka bapa atau walinya yang meniatkan dan melaksanakan kerja-kerja Umrah untuk kanak-kanak tersebut selepas bapa atau walinya melaksanan Umrah mereka dahulu.
Sebagai contoh bapa atau walinya berniat untuk dirinya maka selepas itu, berniat untuk anaknya pula. Begitulah juga dengan tawaf, iaitu tawaf untuk dirinya dahulu baharulah tawaf untuk anaknya pula. Demikian juga dengan ibadah saei.
SOALAN
B) Bagaimana bapa atau walinya berniat dan mengerjakan kerja-kerja Umrah bagi kanak-kanak yang belum Mumayyiz?
JAWAPAN
Cara bapa atau walinya berniat dan melaksanakan kerja kerja Umrah adalah seperti berikut:
i) NIAT
Bapa atau walinya hendaklah berniat di dalam hatinya dengan menjadikan anak tanggungannya berihram Umrah.
Niat Di Hati:- Sahaja aku mengerjakan Umrah untuk anakku atau tanggungan ku kerana Allah Taala.
ii) Menyempurnakan rukun dan wajib Umrah.
Anak dan tanggungan itu hendaklah dibawa bersama ketika tawaf Umrah dan Saei Umrah. Walau bagaimanapun bapa atau walinya hendaklah menyelesaikan tawaf untuk dirinya dahulu baharulah mengerjakan tawaf untuk anak atau tanggungannya yang di bawa bersama. Begitu juga dengan saei. Bapa atau walinyanya mengerjakan saei untuk dirinya baharulah mengerjakan saei untuk anak atau tanggungannya. Kemudian bercukur.
iii) Penjagaan Larangan Ihram.
Bapa atau walinya WAJIB menjaga anak atau tanggungannya dari melakukan perkara perkara yang dilarang dalam masa ihram. Jika kanak-kanak yang tidak Mumayyiz melanggar larangan ihram tidak dikenakan dam tetapi kanak-kanak yang Mumayyiz WAJIB disempurnakan dam. Bayaran dam boleh diambil dari harta kanak-kanak tersebut jika ada . jika tidak ada diambil dari harta bapa atau walinya.
SOALAN
C) Bagaimana Tawaf Umrah yang dilakukan oleh kanak-kanak lelaki yang belum berkhatan dan kanak perempuan?
JAWAPAN
i) Hukum berkhatan adalah wajib bagi lelaki. Jika kanak-kanak lelaki yang tidak berkhatan dikira menanggung najis. Jika bapa atau walinya menggendong, meriba atas kerusi roda atau memegang dan membawa kanak-kanak atau tanggungannya tawaf bersama ini bermakna bapa atau walinya menanggung atau membawa najis. Maka hukum tawaf bapa atau walinya tidak sah.
ii) Jika bapa atau walinya mensucikan anak yang belum berkhatan denan cara menarik kulit kulup zakarnya hingga hasyafah maka kanak-kanak tadi boleh dianggap suci dengan syarat tidak buang air kecil atau besar ketika melaksanakan tawaf. Jika bapa atau walinya memegang, meriba atau menggendong semasa tawaf maka sah tawafnya.
iii) Kanak-kanak perempuan tidak wajib berkhatan. Jika bapa atau walinya memegang, meriba atau menggendongnya ketika tawaf dengan syarat kanak kanak tersebut disucikan dahulu sebelum tawaf maka SAH tawaf bapa atau walinya selagi kanak-kanak perempuan tersebut tidak membuang air kecil atau besar semasa mengerjakan tawaf. Jika sebaliknya maka batal tawaf bapa atau walinya.
Sumber :
USTAZ HAJI AHMAD SHUKRI MOHAMAD AMIN
Asisstant Manager Guidance
TH Travel & Services Sdn Bhd
FB-Tabung Haji Travel
Date : 3 Feb 2016
Saya Kembali.....😍😍😍😍
Macamana nak mulakan ya...
Actually almost 3 years try nk buka balik blog ni tapi mmg blank... Password lupa.. Id lupa.... Jadinya malas nk fikir-fikir... Just leave it...
Alhamdulillah...
Malam ni.. Dengan tak disangka-sangka...
Dengan sekali cuba "sign in"... Terus terbuka...
Gembira tak terkata... Bayangkan.. Last draft yang dibuat pada 14/12/2014
Syukur.... Semua atas KehendakNYA.. Tanpa bantuanNYA tak mungkin semua ini terjadi....
So lepas ni boleh menulis balik.... Follower??
Hihihi... X ramai pun tak apa.. Yang penting saya nk menulis.... Insya Allah... Episod baru dalam " New Journey of 2017"
Sunday, December 14, 2014
Setahun berlalu....
Setiap tahun mesti bila akhir tahun baru teringat nak update blog...
terlalu banyak peristiwa pahit dan manis tahun ni..
terlalu banyak juga pengalaman yang di rasa..
semua bagai air yang mengalir deras.. terlalu sekejap untuk dikongsikan..
hhmmm
Alhamdulillah masih boleh berdiri dan bertahan .. demi sebuah kehidupan dan demi tanggungjawab yang diamanahkan oleh NYA.. insya allah selagi daya..
ok lah... jap lagi nk update summary tahun 2014...

Wednesday, July 24, 2013
Kehilangan dalam beberapa minit
Dalam kesibukan aku menempah langsir dan mencari keperluan untuk Aidilfitri yang bakal tiba, aku kehilangan insan yang ku sayang... Nenekku telah dijemput illahi dikala kami mengelilinginya... Semuanya berlaku terlalu pantas.. aku sendiri sehingga kini masih dalam keadaan yang terkedu.... Masih terngiang-ngian suaranya berborak dengan kami tatkala saat akhir nyawanya... tiada tanda-tanda yang dia akan pergi dalam sekelip mata....
Aku dan mama tiba dihospital apabila menerima panggilan dari Doktor yang memerlukan persetujuan untuk penukaran kaedah oksigen untuk nenekku... setiba di hospital aku dapat lihat nenek ku berada dalam keadaan seperti selalu, menjemput kedatangan kami... sambil memberitahu kami kaki dia lengguh dan pinggang nya menyusuk..apa yang kami lakukan, hanya dapat lakukan urutan agar dia rasa lega... tidak terdekit langsung akan pemergian beliau.... tiada tanda2 yang dia akan tinggalkan kami hanya dalam beberapa minit... sukar untuk aku gambarkan situasi itu.... dengan sekelip mata kadar denyutan nadi menjadi rendah dan secara tiba-tiba doktor menghampiri kami dan minta kami untuk ke tepi... di kala saat itu, aku merasakan nenek aku muntah kerana perut tak selesa... tak ku sangka 10 minit selepas itu....... Alhamdulillah sempat mama mengiringi beliau melafazkan syahadah....Aku melihat jururawat telah mengapankan nenekku.... Ya allah hanya kau yang mengetahui gelora perassan ini.... Aku rasa sakit sangat sekalipun aku berada disisinya.... Kuatkan semangat kami ya-Allah
Syukur Ya Allah segalanya berjalan dengan pantas, Jenazah beliau telah selamat dikebumikan dan rahmat darimu ya allah... nenek dijemput dalam bulan yang penuh kerahmatan... 5 RAMADHAN/ 14 JULAI 2013 Jam 1.54 ptg.
Syawal bakal tiba menjadi sambutan yang sederhana bagi kami... tiada lagi nilai tawanya nya disaat menyiapkan ketupat dimalam raya... tiada lagi insan yang akan kami sediakan baju dan tudung kegemarannya.. tiada lagi tiada lagi....sehingga hari ini aku merasakan dia terlalu dekat denganku... terbayang kelibatnya di setiap ruang yang pernah dia ada... Selagi ada nyawa, selagi ada hayat.... curahkan kasih sayang dengan ikhlas...

Friday, July 12, 2013
Sleeping again and again...
Hhmmmm tarik nafas jap huhuhu lama sungguh2 tak update blog, bz sangat ker?? malas ker?? hahhah tu jer lah soalan yang asik2 terkeluar... Macam2 yang berlaku sepanjang tempoh ini.. ada yang pahit, manis, kelat, masin hehhe semua ada... yang pasti kena lalui dalam ape cara sekali pun...
Last entry "Survey Tadika" untuk BBY Q, NOW July 2013 already... BBY Q pun dah 1/2 tahun berada di tadika... kejap sangat rasa.. besar dah anak ibu.. makna nya makin kejap jer lah masa dengan dia pas ni... usia makin bertambah..sempat ker tidak tengok dia membesar.. hhhmmm
Jangan fikir lah, sedih plak nanti.... So Ramadhan dah masuk hari ke 3.. dalam kepala otak ni macam2 nak buat... Kuih raya banyak dah tempah.. Baju raya tinggal nak bayar jer sampai nnt.. maklum lah jauh sungguh tempahnya sampai ke KELANTAN... Nak kemas rumah tak tau nak start dari mana.... ape lagi????
Langsir raya dah tempah.... -KUNING RAJA-Ring eyelet-
Jom tgk contoh2 langsir terkini...
-ENGLISH STYLE- |
-MODEN -BERANI- |
MODEN STYLE |
RING EYELET |
MODEN VERSATILE |
-NICE COMBINATION- |
So boleh pilih mana yang berkenan, for me "SIMPLE & NICE" tak perlu nak crowded sangat... Sempat lagi sape yang belum tempah... "NILAI 3" kan ada.... Jom jom....
to be continue
Subscribe to:
Posts (Atom)